Thursday, February 13, 2014

MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ

MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ : Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Maahad Tahfiz Muhammadiah jam 10 malam tadi, di Jalan Pintas, Bukit Rangin, Kuantan. Maahad ini menempatkan 18 orang pelajar dari kalangan fakir miskin dan anak2 yatim. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Sumbangan dan derma amat2 diperlukan terutamanya pakaian kanak2 lelaki berumur 6-15 tahun. Saluran bantuan kewangan kepada Madrasah tersebut boleh menggunakan No Akaun MAHAAD TAHFIZH MUHAMMADI , Bank Muamalat 0601 - 0002791 -71-2 atau hubungi Ustaz Tengku Muhammad Tengku Jaafar 013 9380762, 09 5366409.






Thursday, November 21, 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan ASRAMA ANAK YATIM JOHOR DI ACHEH, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !




Wednesday, October 24, 2012